‘JALAN PINTAS KE SYURGA!’

Terdapat 3 TIPS KESELAMATAN SEMASA KEBAKARAN yang boleh kita pelajari daripada video ini.

Antaranya ialah:
1) TUTUP PINTU! Tipikal ibu bapa suka membiarkan pintu bilik tidur anaknya terbuka pada waktu malam dengan alasan mudah untuk mengawasi anak mereka. INI SALAH SAMA SEKALI kerana pintu yang terbuka mempercepatkan pergerakkan api, asap dan haba merebak ke dalam bilik tersebut sekiranya berlaku kebakaran. Tindakan ini seolah-olah menjemput kedatangan ajal untuk anak yang kononnya diawasi tadi.
2) KALAU TERPERANGKAP…? Membuka pintu di ruang yang terbakar, mendedahkan anda kepada bahaya haba, asap dan lidah api. Andaikata anda terperangkap di dalam bilik semasa kebakaran, sebelum membuka pintu, anda hendaklah merasai kehangatan daun pintu, tombol dan bingkai pintu dengan menggunakan belakang tangan. Jika terasa panas, jangan buka pintu dan carilah jalan keluar alternatif. Sekiranya daun pintu tersebut tidak panas, anda hendaklah melutut dan melekapkan bahu ke pintu terlebih dahulu sebelum membuka pintu secara perlahan-lahan dan berhati-hati. Tindakan ini perlu diambil bagi mengelakkan serbuan lidah api dan asap yang biasanya memenuhi bahagian atas ruang Jika haba dan asap mula memasuki bilik, tutup pintu rapat-rapat dan tutup semua ruang atau lubang di bawah pintu dengan menggunakan tuala, cadar, selimut dan apa saja yang terdapat di dalam bilik tersebut
3) JANGAN BERDIRI, MERANGKAK! Semasa kebakaran, udara panas dan asap akan memenuhi ruang atas dan gas beracun akan turun ke lantai. Udara yang bersih akan berada di zon selamat untuk bernafas iaitu satu hingga dua kaki (30cm hingga 60cm) dari paras lantai. Semasa berusaha menyelamatkan diri, jika laluan utama telah dipenuhi asap, cuba cari laluan lain. Sekiranya tiada pilihan, ikut laluan utama dengan cara merangkak dan pastikan kepala berada di paras zon selamat. Ingat, TUTUP PINTU. KALAU TERPERANGKAP, JANGAN BERDIRI, MERANGKAK!
AMARAN : Pastikan mesej ini disampaikan kepada ahli keluarga sendiri terlebih dahulu sebelum anda ‘SHARE DI WALL FRIENDLIST ANDA!’