
KERACUNAN
Keracunan adalah reaksi tubuh apabila bahan toksik memasuki ke dalam sistem tubuh manusia melalui :
- Mulut
- Sedutan/Pernafasan
- Kulit atau mata.
Apakah gejala-gejala keracunan?
Gejala keracunan bergantung kepada jenis bahan toksik yang terlibat, jumlah yang diambil/ terdedah dan usia mangsa.
Ada keracunan yang kesannya timbul serta-merta dan ada yang mengambil tempoh beberapa jam atau hari sebelum menunjukkan gejala.
Gejala-gejala yang sering berlaku ialah:
- Loya
- Muntah
- Pening
- Sakit Perut
- Sesak Nafas
Bagaimana saya boleh membantu mangsa keracunan?
Bantuan awal kepada mangsa adalah bergantung kepada jenis bahan toksik yang terlibat. Umumnya, bantuan segera berikut amat diperlukan:
- Alihkan mangsa daripada punca bahan toksik serta-merta
- Tanggalkan pakaian yang tercemar seberapa segera
- Basuh anggota yang terlibat menggunakan air.
- Hantar segera mangsa ke hospital.
- Kenalpasti bahan toksik yang terlibat dan serahkan kepada doktor yang merawat.
Bagaimana saya boleh mencegah keracunan?
Baca label pada botol/bekas sebelum mengambil/memberi sebarang ubatan. |
|
|