Banjir di Selangor. Salah siapa?

25 kematian direkodkan dari banjir di Selangor, manakala ribuan dilaporkan kehilangan tempat tinggal dan yang pastinya, proses untuk memulihkan semuanya agar kembali ke keadaan normal bukanlah murah dan mudah.  

Rata-rata mangsa banjir kali ini menyifatkan banjir kali ini adalah yang terburuk dan mereka amat tidak bersedia dan tidak berpuas hati dengan respon yang hangat diperkatakan dan disuarakan kebanyakan mangsa di laman sesawang dan hantaran laman sosial.

Namun persoalannya, wajarkah kita terlalu fokus kepada bersikap menuding jari atau memberikan fokus kepada meneliti punca-punca dan mencari kaedah penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang?

Secara pokoknya, mencari pihak yang salah bukanlah jawapan terbaik untuk kita merungkai tahap ketersediaan kita menghadapi dan mengharungi bencana seperti ini. Sebaiknya, semua pihak perlulah berganding bahu dan duduk semeja bagi mengenalpasti punca-punca yang menyebabkan insiden seperti ini berlaku. Sebagai sebuah akademi yang menawarkan khidmat latihan persediaan dan bantuan kecemasan, kami merasakan terpanggil untuk berkongsi pendapat kami untuk dijadikan panduan dan ingatan kepada kita semua agar lebih bersedia di masa akan datang.

 

Punca-Punca Risiko Banjir (Luar Kawalan)

– Masalah bersangkutan dengan iklim tidak menentu
– Kedudukan geografi
– Faktor mukabumi
– Taburan hujan mendadak
– Pasang surut air laut

Punca-Punca Risiko Banjir (Dalam Kawalan)

– Keberkesanan sistem saliran dan alur limpah
– Sampah-sarap menghalang laluan air
– Perancangan penempatan yang silap
– Kurang kepekaan dan campur tangan ahli politik

 

 

Wajarkah kita mengulas risiko banjir di luar kawalan?

Perkara yang disifatkan berlaku di luar kawalan sememangnya tidak akan berjaya diselesaikan oleh sesiapapun. Umum sudah maklum bahawa bencana alam dan tragedi seperti ini kebiasaannya berlaku saban tahun tetapi sekiranya kita gagal membudayakan dan menggiat promosi agar semua orang lebih bersedia dan berwaspada, kehilangan nyawa dan kerosakan teruk harta benda mungkin dapat dikurangkan.