Keberkesanan Teknik “STOP, DROP and ROLL”

Menyaksikan suatu kebakaran adalah perkara yang paling menakutkan bagi sesetengah individu yang mempunyai sejarah hitam ataupun pengalaman yang tidak diingini didalam kemalagan melibatkan api ataupun kebakaran. Kesan daripada itu, ramai yang menyagka bahawasanya api yang terkena pada pakaian mangsa dapat membunuh mangsa serta-merta dan tiada harapan untuk selamat daripada kebakaran tersebut.
Pada 23 Mac 2019 yang lalu, kita digemparkan dengan satu insiden yang melibatkan seorang pemandu lori maut terbakar dalam kemalangan dua buah lori di Kilometer 372 arah utara, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) selepas Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Behrang di Slim River. Daripada kejadian tersebut, ramai orang awam ingin memberikan bantuan kepada mangsa akan tetapi tidak berjaya kerana tiada pengalaman dan kemahiran di dalam situasi tersebut.
Ramai juga yang tidak sedar bahawa adanya satu cara atau teknik untuk menyelamatkan diri sendiri yang terbakar iaitu dengan teknik “Stop, Drop and Roll” ataupun “Berhenti, Jatuhkan Badan dan berguling” dan itulah saranan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,Datuk Mohamad Hamdan Wahid berkenaan insiden tersebut.Tetapi sejauh mana keberkesannya terhadap individu.
Teknik ini sudah pun kian lama diperkenalkan secara meneyeluruh akan tetapi jarang didengari dan ditekankan. Disesetengah tempat, pendedahan seperti ini dilakukan dipeingkat pendidikan awal kanak-kanak dan pra sekolah kerana dapat mendidik dan memberi pendedahan di dalam bentuk yang menarik seperti permaianan, roles play dan dalam bentuk hadiah.
Bagaimana teknik seperti ini dapat membantu untuk menyelamatkan dan sekaligus dapat memadam kan kebakaran pada mangsa tersebut. Yang pertama sekali kita perlu lah memahami konsep tentang kejadian api. Api akan terjadi dengan adanya 3 sumber yang utama iaitu Oksigen,Haba dan bahan bakar dan apabila kesemua elemen tersebut ada dengan kadar yang mencukupi konsep ini dinamakan sebgai reaksi rantaian kimia ,akan tetapi, api tersebut akan terpadam jika salah satu daripada elemen tersebut tidak lagi berfungsi ataupun habis.
Sehubungan dengan itu, penggunaan teknik yang pertama dan kedua iaitu berhenti and jatuhkan badan dapat mengurangkan introduction of oksigen dan kesan pembakaran dengan dengan pantas oleh kerana tiada pergerakkan yang dapat memberhentikan halaju pada pakaian mangsa. Teknik yang kedua adalah Drop iaitu dengan menjatukan diri sendiri serta melindungi muka kita tangan dengan pantas sesudah kita berhenti juga dapat memberi kesan sampingan yang sama untuk mematikan elemen oksigen tersebut disamping menganggu chain of reaction yang ada pada elemen api. Teknik yang ketiga iaitu roll dapat mematikan api dengan cara melaparkan ataupun dapat menggangu proses kejadian api tersebut.

levelhttps://teachpreschool.org/2014/10/10/stop-drop-and-roll-fire-safety-week-in-

http://edisimedia.com/2019/02/25/sanggup-rakam-video-dari-bantu-mngsa-kp-bomba-sedih-mngsa- boleh-diselamatkan-jika-orang-ramai-guna-kaedah-ini/

http://teamvirals.blogspot.com/2019/02/videopemandu-lori-maut-dalam-kebakaran.htm

 

www.asec.com.my