Risiko Kesihatan di Tempat Kerja

Pengenalan

Golongan pekerja mempunyai risiko untuk mendapat kecederaan dan penyakit disebabkan mereka terdedah kepada pelbagai bahaya (hazard) di tempat kerja.

Apakah bahaya (hazard)?

• Bahaya (hazard) adalah keupayaan sesuatu bahan untuk mencederakan kita. Apakah risiko ?
• Risiko adalah merupakan kebarangkalian sesuatu bahaya menyebabkan kecederaan kepada kita semasa pengunaannya

Jenis-Jenis Bahaya

Terdapat 5 jenis bahaya iaitu:

Pencegahan

Aktiviti-aktiviti pencegahan penyakit pekerjaan dan kecederaan yang menyeluruh di tempat kerja memerlukan penglibatan majikan dan pekerja. Majikan dan pekerja perlu melaksanakan tanggung jawab masing-masing secara bersungguh-sungguh.

 

Tanggung jawab majikan ialah:

      • Mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkaitan
      • Menjalankan penilaian risiko untuk menilai bahaya dan risiko di tempat kerja
      • Melaksanakan langkah-langkah kawalan untuk memastikan tempat kerja adalah selamat dan sihat berdasarkan hasil penilaian risiko dijalankan
      • Menjalankan pemeriksaan perubatan/kesihatan kepada pekerja seperti yang dikehendaki oleh undang-undang
      • Memberikan latihan kepada pekerja mengenai keselamatan dan kesihatan 

      Tanggung jawab pekerja

          • Mematuhi setiap arahan dan prosedur kerja selamat
          • Bekerjasama dengan majikan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan terjamin
          • Memakai alat-alat pelindung diri yang sesuai secara yang betul

          Undang – Undang dan Peraturan yang berkaitan.

            • Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

            • Akta Kilang dan Jentera 1967

            • Akta Racun Makhluk Perosak 1974

            • Akta Keselamatan Sosial 1969

          Pampasan

          Pekerja yang mencarum kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) adalah layak untuk mendapat bayaran pampasan dan juga rawatan pumulihan jika :
          • Mereka disahkan mendapat Penyakit Pekerjaan.
          • Mereka mengalami kemalangan semasa bekerja termasuk semasa perjalanan pergi dan balik dari bekerja.
          • Mereka disahkan mendapat keilatan disebabkan penyakit kronik tertentu.

          • Apakah kemalangan pekerjaan? Kemalangan pekerjaan adalah kemalangan yang berlaku semasa bekerja termasuklah kemalangan semasa perjalanan pergi dan balik dari bekerja yang menyebabkan kecederaan.
          • Di manakah saya boleh mendapat nasihat dan rawatan jika saya mengalami masalah kesihatan yang berkaitan dengan pekerjaan?
            Anda boleh berjumpa Doktor Kesihatan Pekerjaan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan.